PROGRAM FUTSAL PERSAHABATAN PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM
( FUTSAL PEMKA)
Pada 14 Januari 2012, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam (PEMKA) telah menganjurkan Futsal Persahabatan Kursus Kejuruteraan Awam yang bertempat di Gelanggang Futsal Kolej Kediaman Siswa Jaya (KSJ), Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi da berakhir pada pukul 2 petang.
Program ini melibatkan seramai 58 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3 Kejuruteraan Awam (PEMKA). Terdapat 9 kumpulan pelajar, 6 orang bagi setiap satu kumpulan telah mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Pada awal masa, permainan dilakukan secara liga. Manakala pada pusingan dalam mencari kumpulan yang layak menyandang tempat johan, naib johan dan tempat ke-3, permainan dilakukan secara kalah mati.
Matlamat ingin mengeratkan hubungan sesama mahasiswa serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa semasa berlangsungnya program ini telah dapat dicapai dengan cemerlang. Selain itu, bakat-bakat pelajar yang mungkin merupakan bakal pelapis kepada atlet-atlet yang sedia ada dapat dicungkil melalui program ini. Justeru melalui program seperti ini,semua ahli persatuan akan mendapat impak yang positif dan mampu memantapkan sifat kompeten dan proaktif selaras dengan objektif program.