PROGRAM ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM
PEMKA AGM’11
Pada 30 Disember 2011, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam (PEMKA) telah menganjurkan mesyuarat tahunan iaitu ‘Annual General Meeting’ untuk sesi 2011/2012 bertempat di Dewan Jumaah,Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur.
Program ini telah dirasmikan oleh Cik Erni Syuhada yang mewakili
En Mohamed Zahry,Penasihat Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam.
Program ini melibatkan mahasiswa-mahasiswa kursus Diploma Kejuruteraan Awam dan pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam. Tujuan program ini diadakan untuk memperkenalkan barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam sesi 2011/2012. Selain itu, sesi pembentangan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011 dan segala aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012 dibentang untuk tujuan makluman semua ahli Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam.
Melalui program tahunan seperti ini,semua ahli persatuan dapat dikumpulkan dan cadangan pembaikkan dapat diutarakan untuk membawa persatuan kearah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment